PENJAGAAN LADANG (KELAPA SAWIT)
Posted by
PENDAHULUAN.
Penjagaan ladang kelapa sawit terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
a) Kelapa sawit belum matang.
b) Kelapa sawit matang.
Kelapa sawit belum matang.
1. Pengurusan Rumpai
Tujuan
· Menjayakan kekacang tutup bumi
· Menghalang penyakit dan serangga.
· Mengurangkan hakisan.
· Mengelakkan persaingan nutrien dan cahaya
· Minima 50% kawasan ladang diliputi kekacang dan mengurangkan pertumbuhan rumpai tak berfaedah.
a) Meracun bulatan & lorong.
Objektif
· Membasmi semua rumpai di kawasan kanopi pokok bagi menghalang kekacang dari menyelimuti pokok dan mengurangkan persaingan mendapatkan nutrien serta cahaya.
Kaedah
· Penggunaan pam CKS.
· Herbicide yang betul.
Kekerapan
· Setiap 45 hari bagi pokok berumur < 12 bulan, setiap 60 hari bagi pokok berumur>12<36 dengan menggunakan racun Basta 15 pada kadar 120 ml + 18 liter air.
· Elakkan racun sistemik
b) Meracun selektif
Objektif
· Membasmi semua rumpai/anak kayu yang tak berfaedah yang menghalang / menyaingi tumbesaran tanaman utama.
Kaedah
· Pam CKS 18 liter air + 6 gm Ally bagi anak kayu tingginya< 3 kaki.
· Wiping (1 liter Melasma/garlon/cowboy +18 liter diesel) disapu pada batang anak kayu yang tingginya >3 kaki.
Kekerapan
· Setiap 45 hari bagi pokok berumur < 12 bulan,
· Setiap 60 hari bagi pokok berumur>12<36.
c) Meracun Lalang dan VOPS.
Objektif
· Menghapuskan lalang
Kaedah
· Glyphosate (lalang)
· Paraquat (VOPS)
Kekerapan
· 2 pusingan setahun
d) Jalan dan Jambatan
Objektif
· Menyediakan laluan kekawasan ladang untuk memudahkan kerja, penanaman,penyulaman, penyelenggaraan ,pembajaan dan lain-lain.
Kaedah pengurusan
· Main road hendaklah ditambak laterite/ batu terlebih dahulu.
· Kerja pembaikan jalan hanya tertumpu dikawasan yang perlu sahaja seperti di kawasan tanah runtuh dan lain-lain.
· Pastikan tiada lopak /lubang air bertakung diatas jalan .
· Parit sisi jalan hendaklah dibina dikawasan yang perlu untuk mengalirkan air keluar terutamanya pada musim hujan.
2.Pengurusan Saliran.
Tujuan
· Bagi mempastikan kawasan tanaman bebas dari ditakungi oleh air terutamanya pada musim hujan dan boleh menakung air pada musim kemarau.(bagi mengekalkan lembapan.
Kaedah
· Bersihkan parit dari benda asing.
Kekerapan
· Dilakukan pada musim kemarau.
· Apabila perlu sahaja.
a) Tanah Dan Pemuliharaan
Objektif
· Mempastikan semua kawasan ladang boleh digunakan untuk tanaman utama bagi memaksimakan dirian pokok.
Kaedah
· Mengenalpasti kawasan yang bermasalah untuk penanaman tanaman utama dan mengambil langkah yang perlu seperti membina “platform” ataupun “bund”
b) Sempadan, Pagar & Ukur
Objektif
· Mengenalpasti keluasan ladang yang sebenar meliputi sempadan utama, blok,task, jalan ,parit,sungai dan kawasan yang tidak sesuai untuk ditanam disamping mengelakkan daripada bertindih dengan kawasan yang bukan milik ladang.
· Memudahkan kerja pengurusan,penyeliaan dan penyediaan anggaran tahunan yang lebih efisyen.
Kaedah
· Perimeter survey,ukur sempadan menggunakan kaedah manual(terabas) ataupun digital(G.P.S)
c) Banci/ Sulam
Objektif
· Mengenalpasti dan memaksimakan dirian sebenar tanaman utama (sehektar) dan melakukan sulaman ataupun gantian dikawasan yang perlu .
Kaedah
· Sulam setiap point yang kosong .
· Apabila terdapat pokok yang tidak menunjukkan perkembangan yang baik.
Kekerapan
· Apabila terdapat point kosong
d) Pemangkasan (pruning)
Objektif
· Memaksimakan bilangan pelepah dan daun untuk proses penghasilan makanan pokok.
· Mempastikan kawasan disekeliling bulatan pangkal pokok bersih dari pelepah kering/mati(sanitation)
· Mengurangkan risiko perosak tanaman (tikus)
Kaedah
· Memangkas hanya pelepah kering pada tahun ke 3 usia pokok.
· Bendasing disekeliling pangkal pokok hendaklah dibersihkan.
e) Musuh dan Penyakit (Pest & Disease)
Objektif
· Meminimakan musuh perosak dari merosakkan tanaman utama (Khinzir,Gajah,landak ,tikus)
· Meminimakan serangan penyakit.
Kaedah
· Pagar elektrik, Parit gajah , ,rondaan dan kawalan,
· Rat bating hendaklah dilakukan dalam tempoh 3-6 bulan selepas penanaman.
f) Pembajaan
Objektif
-Membekalkan nutrien untuk tanaman utama.
Kaedah
· Menabur disekeliling pangkal pokok mengikut kanopi secara manual.(Broadcast)
· Subsoil (baja poket)
· Baja cecair(Foliar)
· EFB mulchin
g) Penyelidikan
Objektif
· Mengenalpasti dengan lebih tepat jenis nutrien yang diperlukan oleh pokok
Kaedah
· Mengikut manual pembajaan yang telah ditetapkan
0 comments:
Posting Komentar